Sunday, September 7, 2014

The Unsung Hero

Buku keempat oleh Melur Jelita selepas Awak Suka Saya Tak, I Love You, Stupid dan My Precious Iris.



Synopsis Dari buku The Unsung Hero

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya... ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.
Bagi Blackswan, sangat berdosa!
Sumbang mahram!

Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek!
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satus-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.

Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!
Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula....

Maryam: "Hutang boleh?"
Irvan: "Hutang kasih? Ada bunga nanti... kalau lambat sangat bertangguh."
Maryam: "Apa bunganya?"
Irvan: "Nanti abang cakap... tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang."

*******************************

Riyaz: "Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas."
Maryam: "Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung."

Terbitan: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd.
Harga (Tak termasuk duit penghantaran)
          Sem Malaysia: RM38.00
          Sabah/Sarawak: RM41.00


Kalau berminat, hubungi kami di. arzai62@gmail.com

Saturday, September 6, 2014

Ada yang Melihatmu

Ada yang melihat mu hasil karya Ummu Munzir  dan Zalisa Maz adalah buku pertama  yang kami tawarkan. Bersesuai untuk anak-anak yang berumur antara 5 - 14 tahun. Buku ini mengandungi 21 buah cerita seronok dengan fikah.

Cerita-cerita yang dipaparkan dalam buku ini adalah
  1. Kembang Kempis Hidung Aiman
  2. Malu Bertanya Sesat Jalan
  3. Boleh Tolong Saya?
  4. Saya Pandai!
  5. Macam Bersenan Pula
  6. Mari ikut Along
  7. Apa itu Muafiq?
  8. Awas Serigala Mengintai
  9. Sahabatku Durrah
  10. Jom 'Shopping'!
  11. Sayang Adik
  12. Eh, Tidak Puasa?
  13. Kita Minum Dulu!
  14. Lelaki atau Perempuan?
  15. Mawar idaman Kumbang
  16. Lembutnya Sutera
  17. Mak Teh yang Kecoh
  18. Basuh Jangan Tidak Basuh
  19. Adikku Kembar
  20. Adikku Berkhatan
  21. Ada yang Melihatmu

Setiap satu kisah di atas  mengandungi pemahaman berkenaan ilmu fikah yang di sampaikan secara santai dan jalan cerita yang menghiburkan. Tidak rugi kalau anak-anak anda memilikinya.
Melalui buku ini anak anda dapat belajar mengenai banyak pekara. Antaranya:
  • Kenapa kita kena berwuduk?
  • Keistimewaan solat subuh
  • Syarat Ssah sembahyang
  • Apa itu sujud sahwi?
  • Mengapa telur ayam perlu dibasuh?
  • Sayap lalat ada racun dan penawar.

Penerbit PTS Islamika Sdn Bhd
Genre :Kanak-Kanak
Sub Genre : Islam
Harga : Sem. Malaysia  RM13.00
             Sabah/Sarawak RM15.00